Pulau ini adalah sebuah kepulauan dari 99 pulau yang terdapat di pantai utara barat Semenanjung Malaysia. Langkawi juga dikenali sebagai sebuah pulau yang bebas cukai. Ini bermakna jika anda tinggal di sini, anda akan dapat menikmati pembelian yang murah berbanding dengan membeli barangan di Kuala Lumpur. Sebahagian besar daripada perbelanjaan pelancong ke Langkawi adalah merupakan cenderamata dan hasil kraftangan yang mempunyai diskaun sehingga 50 peratus.
Pulau Langkawi merupakan sebuah Pulau yang mempunyai keluasan yang melebihi Pulau Pinang. Terdapat juga pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Langkawi seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah .
Pulau yang terkecil di Pulau Langkawi adalah bersamaan dengan ukuran sebuah rumah!
Perjalanan ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Kuala Kedah (75 minit) atau dari Kuala Perlis (45 minit). Feri biasanya beroperasi pada jam 7:00-18:00.
selain itu juga, pengunjung juga boleh menggunakan Malaysia Airlines yang mengambil masa sekitar satu setengah jam dari Singapura. Terdapat banyak syarikat penerbangan antarabangsa menawarkan penerbangan tanpa henti sama ada ke Kuala Lumpur atau Singapura daripada Asia, Australia, Eropah dan Amerika Utara.



No comments:
Post a Comment